Homiq – Smart Property Financing Solutions in Malaysia

Buka Nilai Rumah Anda.

KEKALKAN TEMPAT KEDIAMAN ANDA!

Homiq membolehkan anda mendapatkan pembiayaan yang pantas dan adil melalui Property Partnership Program kami — supaya anda mendapat wang tunai yang anda perlukan sambil terus mengekalkan rumah anda.

Misi

Membantu pemilik hartanah mendapatkan pembiayaan yang pantas dan adil melalui penyelesaian yang sah dan inovatif — sambil mengekalkan rumah serta maruah mereka.

Visi

Menjadi platform paling dipercayai di Asia Tenggara untuk kecairan berasaskan rumah dan perkongsian hartanah pintar.

Nilai Teras

Homiq dibina atas asas ketelusan, kebolehcapaian, inovasi, keadilan dan integriti.

Tentang Kami

Bantuan Sebenar. Rumah Sebenar. Orang Sebenar.

Homiq menggunakan kaedah pelepasan ekuiti proprietari yang menukar nilai yang terkunci dalam rumah anda kepada modal segera — tanpa menyerahkan kunci kepada sesiapa pihak. Ia menawarkan alternatif yang pantas dan patuh sepenuhnya, direka khusus untuk rakyat Malaysia yang memerlukan penyelesaian, bukan kecaman.

Sama ada anda merancang untuk bayar balik hutang, merancang untuk anak-anak, atau hanya perlukan ruang bernafas — kami di sini untuk membantu anda kekal di rumah dengan selamat dan terus mara dalam kehidupan anda.

Apa yang kami lakukan

Perkhidmatan Kami

Property Partnership Program

Perkhidmatan utama kami. Anda dapatkan pencairan tunai daripada rumah anda, tanpa perlu berpindah keluar. Kekal di rumah anda dan bayar sewa bulanan seperti biasa.

PROGRAM CASH-OUT

Kami mencari hartanah di bawah harga pasaran, mengatur pembiayaan pada penilaian pasaran maksimum, dan membolehkan pembeli dapatkan tunai daripada jurang harga, dana ini boleh digunakan sebagai tunai tambahan atau untuk pengubahsuaian.

PENYATUAN HUTANG MELALUI HARTANAH

Gunakan hartanah anda untuk melangsaikan hutang berfaedah tinggi. Biarkan rumah anda bekerja untuk anda sementara anda kembali mengawal kewangan anda.

Pembiayaan Semula Pinjaman Rumah Dijadi Mudah Jerrr

Sedia untuk mengurangkan bayaran bulanan atau mendapatkan kadar faedah yang lebih rendah?

Panduan jelas langkah demi langkah ini membimbing anda dari membandingkan tawaran hingga menutup perjanjian, supaya anda boleh membiayai semula pinjaman rumah anda dengan yakin dan tanpa kerumitan.

Bagaimana Caranya

Untuk Pemilik Hartanah

PERLU TUNAI TAPI TAK MAHU JUAL RUMAH?

Kami membantu pemilik hartanah yang sedang menghadapi aliran tunai yang ketat tetapi tetap membayar pinjaman rumah mereka dengan baik. Daripada beralih kepada bank atau pemberi pinjaman berisiko, kami menawarkan:

ALIRAN LANGKAH DEMI LANGKAH

Mohon

Borang dalam talian/WhatsApp yang ringkas

Konsultasi

Kami menilai hartanah & situasi anda

Perjanjian

Anda kekal di rumah anda di bawah terma baharu

Pembiayaan

Tunai dilepaskan untuk kegunaan anda

Bagaimana Caranya

Untuk Rakan Kongsi Hartanah

NAK MELABUR DALAM HARTANAH TANPA PENING KEPALA?

Jika anda seorang dewasa muda yang bekerja dan ingin menceburi pelaburan hartanah, Homiq memudahkan:

ALIRAN LANGKAH DEMI LANGKAH

Pilih

Semak hartanah yang ditawarkan

Rakan Kongsi

Jadi pemilik bersama atau pembiaya

Jana

Sewa bulanan dibayar oleh pemilik

Keluar

Tempoh tetap 3 – 5 tahun, keluar apabila dibeli semula.

Testimonials

happy clients

Partners

We’re Working with